Saturday, February 28, 2009

Produk-Produk Perlindungan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Perlindungan Asas (melindungi kematian serta hilang upaya kekal keseluruhan)

1. Ikhlas Saving Takaful (IST)
2. Ikhlas Education Takaful Classic (IETC)
3. Ikhlas Wanita Takaful (IWT)
4. Ikhlas Lifestyle Takaful (ILT)
5. Ikhlas Premier Investment-Linked Takaful
6. Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful

Manfaat-manfaat Tambahan (ditambahkan kepada salah satu pelan perlindungan asas di atas)

1. Term
2. Khairat kematian
3. Perlindungan 40 Penyakit Kritikal
4. Perlindungan kemalangan
5. Elaun harian kemasukan ke wad (minimum 6 jam)
6. Waiver of contribution
7. Payor savings
8. Family income

Stand-alone Product

1. Ikhlas Medic Assist Takaful (medical card)

Sila 'click' pada produk untuk maklumat lanjut.

Faedah-Faedah Khusus Takaful

1. Mewujudkan jaminan perlindungan ke atas diri peserta (dan keluarga) sekiranya berlaku sebarang musibah; spt. kematian, hilang upaya kekal keseluruhan, kehilangan anggota akibat kemalangan atau menghidapi penyakit kanser. Dengan adanya jaminan perlindungan, individu dan/atau keluarga dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna dan hati yang lebih tenang kerana mendapat sokongan kewangan daripada skim takaful. Duit simpanan tidak perlu digunakan; rumah atau tanah tidak perlu dijual; keluarga dapat meneruskan hidup seperti biasa.

2. Menyediakan sejumlah simpanan untuk persaraan, pendidikan, menunaikan haji dan sbg.nya. Simpanan melalui takaful memberikan dua faedah dalam satu; perlindungan risiko dan simpanan. Duit simpanan yang terkumpul akan dapat anda keluarkan sepenuhnya apabila polisi matang. Sekiranya benar-benar memerlukan, anda juga boleh mengeluarkan sebahagian simpanan selepas 5 tahun polisi takaful anda berkuatkuasa.


Faedah-faedah Umum Takaful

1. Memenuhi tanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga.

Firman Allah:

"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang menjadi penjaganya, jika ditakdirkan mereka meninggalkan anak-anak yang lemah, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka."
(Surah An-Nisa':9)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya lebih baik engkau meninggalkan waris-warismu orang yang kaya daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."
(Riwayat Bukhari)


2. Peluang beramal-jariah setiap bulan apabila sebahagian daripada caruman bulanan/suku tahunan/ tahunan disalurkan kepada tabung derma bersyarat (tabarru'). Wang daripada tabung inilah yang dipersetujui sesama peserta untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Antara kelebihan menderma/bersedeqah ialah dipanjangkan umur oleh Allah dan dimurahkan rezeki.

3. Mengelakkan diri daripada terlibat dalam urusniaga insurans konvensional yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1974 atas alasan melibatkan riba', perjudian (maysir) dan ketidakpastian (gharar).

4. Mendapat pelepasan cukai (tax relief) sehingga RM9,000 setahun, tertakluk kepada jumlah caruman KWSP tahunan. Kelayakan maksima bagi takaful pendidikan ialah RM3,000 setahun manakala bagi takaful simpanan sehingga RM6,000 setahun. Jika anda membayar cukai tahunan yang banyak, mungkin adalah lebih baik anda menggunakan peluang yang diberikan oleh Kerajaan ini untuk manfaat anda dan keluarga.

No comments:

Post a Comment