Saturday, February 28, 2009

Takaful Ikhlas: FAQ

1. Berapakah umur minima dan maksima untuk menyertai pelan-pelan takaful keluarga Takaful Ikhlas?
Jawapan: Umur minima penyertaan ialah 1 bulan dan maksima ialah 55 tahun, sama bagi lelaki dan wanita.

2. Berapakah jumlah caruman minima dan berapa pula caruman maksima?
Jawapan: Jumlah caruman minima ialah RM52.50 sebulan. Tiada had bagi caruman maksima, tertakluk kepada kelulusan 'underwriting' oleh syarikat. Jumlah caruman bergantung kepada jumlah perlindungan yang diperlukan oleh peserta.

3. Apakah takaful keluarga bermaksud perlindungan kepada semua ahli keluarga peserta?
Jawapan: Takaful keluarga hanya bermaksud takaful yang melindungi hayat peserta, seerti dengan 'insurans nyawa' dalam insurans konvensional. Perlindungan takaful keluarga melindungi peserta takaful yang berkenaan sahaja, bukan satu keluarga. Untuk melindungi setiap ahli keluarga, setiap ahli perlu menyertai secara individu.

4. Bagaimanakah cara membuat/membayar caruman takaful?
Jawapan: Caruman takaful boleh dibayar secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau setahun sekali. Bayaran boleh dibuat melalui potongan gaji, autodebit akaun bank, bayaran melalui kad kredit atau pun melalui transaksi internet seperti maybank2u atau cimbclicks.

Bagi peserta yang membayar secara suku tahunan, setengah tahunan atau setahun sekali, Takaful Ikhlas akan memberikan anda diskaun sehingga 4%.

5. Bolehkah wang simpanan takaful dikeluarkan sebelum polisi matang?
Jawapan: Boleh, selepas 5 tahun polisi anda berkuatkuasa anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang simpanan anda, tertakluk kepada 50% jumlah simpanan terkumpul dan maksima 3 kali pengeluaran sepanjang tempoh takaful. Caj pengeluaran ialah RM12.

6. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk penyelesaian sesuatu tuntutan?
Jawapan: Sebagai sebuah syarikat yang berorientasikan pelanggan, Takaful Ikhlas komited untuk menyelesaikan setiap tuntutan peserta secepat mungkin. Melalui pengalaman saya, sekiranya segala dokumen dan borang adalah lengkap, maksima ialah 1 minggu dari tarikh dokumen diterima oleh syarikat.

7. Apakah kelebihan menyertai pelan perlindungan Takaful Ikhlas?
Jawapan:
1. Takaful Ikhlas adalah sebuah syarikat takaful yang kukuh, mempunyai barisan pengurusan yang mantap, disokong oleh para pegawai dan kakitangan yang berdedikasi. Akses kepada pegawai dan kakitangan adalah mudah dan segala tuntutan diselesaikan dalam masa yang cepat.
2. Pelan-pelan perlindungan dan juga operasi syarikat diawasi oleh Jawatankuasa Syariah yang berperanan memastikan kepatuhan Syariah pada setiap masa.
3. Pelan-pelan perlindungan Takaful Ikhlas bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian dan ketidakpastian besar (gharar fahisy).
4. Perlindungan 39+1 penyakit kritikal, yang terbanyak di pasaran.
5. Faedah pengecualian sumbangan sekiranya pembayar meninggal dunia, hilang upaya kekal keseluruhan atau menghidap penyakit kritikal. Peserta yang membayar sendiri akan dikecualikan bayaran jika menghidap penyakit kritikal.
6. Bayaran perlindungan takaful, jika sekiranya peserta atau pembayar meninggal dunia, boleh terus dihibahkan kepada waris yang layak. Dengan itu, waris tidak perlu melalui proses mahkamah yang memakan masa.

8. Adakah Takaful Ikhlas membayar zakat simpanan bagi pihak peserta? Perlukah peserta membayar sendiri zakat simpanan setiap tahun?
Jawapan: Takaful Ikhlas tidak membayar zakat bagi pihak peserta. Zakat yang dibayar oleh syarikat hanyalah zakat perniagaan. Peserta tidak perlu membayar zakat simpanan setiap tahun. Zakat sebanyak2.5% hanya perlu dibayar apabila peserta mengeluarkan semua simpanan apabila polisi matang.

9. Bagaimanakah cara menyertai pelan perlindungan Takaful Ikhlas?
Jawapan: Anda perlu menyertai melalui wakil-wakil Takaful Ikhlas yang sah dan berkelayakan. Wakil-wakil takaful akan berbincang dan mengenalpasti keperluan takaful anda dan mencadangkan pelan perlindungan yang bersesuaian.

10. Apakah yang akan saya terima sebagai bukti penyertaan dan bukti bayaran-bayaran yang telah dibuat?
Jawapan: Dalam tempoh sebulan anda menyerahkan borang dan dokumen, anda akan menerima senaskhah polisi melalui wakil takaful anda sebagai bukti anda telah menyertai pelan perlindungan Takaful Ikhlas. Setiap tahun anda juga akan menerima penyata bayaran bagi tujuan pelepasan cukai dan satu lagi penyata mengenai jumlah simpanan terkumpul. Anda perlu menyimpan naskhah polisi anda dengan baik dan memaklumkan kedudukannya kepada pasangan/ahli keluarga untuk kemudahan pada masa depan.

No comments:

Post a Comment