Saturday, February 28, 2009


Senarai 40 Penyakit Kritikal

Berikut saya senaraikan 40 jenis penyakit kritikal yang dilindungi oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. melalui IKHLAS Critical Illness Rider yang boleh disertakan bagi pelan takaful simpanan, pendidikan, investment-linked dan wanita :

1. Strok/Angin ahmar
2. Serangan sakit jantung
3. Penyakit arteri yang memerlukan pembedahan
4. Lain-lain penyakit arteri koronari yang serius
5. Arterektomi koronari
6. Penggantian injap jantung
7. Pembedahan aorta
8. Koma
9. Hipertensi arteri pulmonari utama
10. Ketumbuhan otak tidak merebak
11. Penyakit radang otak
12. Meningitis bakteria
13. Kerosakan buan pinggang/ ginjal
14. Penyakit sista medula
15. Lupus erythematosus dengan Lupus nephritis
16. Penyakit hati/heper kronik
17. Hepatitis virus fulminan
18. Penyakit paru-paru kronik
19. Pemindahan organ utama
20. Kanser/barah
21. Anaemia aplastik
22. Penyakit neuron motor
23. Penyakit Parkinson
24. Penyakit Alzheimer/ kepincangan rosotan otak organik yang tidakboleh sembuh
25. Sindrom apalik
26. Distrofi otot
27. Sklerosis berbilang
28. Polio/Poliomelitis
29. AIDS akibat pemindahan darah
30. Penyakit boleh membawa maut
31. Buta
32. Melecur teruk
33. Kehilangan daya pertuturan
34. Kehilangan daya pendengaran/pekak
35. Kehilangan upaya untukberdikari
36. Lumpuh/Paraplegia
37. Kecederaan teruk kepala
38. Kardiomiopati
39. Pembedahan otak
40. Manfaat hilang upaya menyeluruh dan kekal (disebabkan oleh penyakit)

Nota:

* Penyakit kritikal yang disahkan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh polisi berkuatkuasa atau dikuatkuasakan semula, tidak akan dilindungi.

** Pembayaran 100% jumlah perlindungan penyakit kritikal kepada peserta, tertakluk peserta masih hidup selepas sebulan dari tarikh disahkan mengidap penyakit kritikal.

Panduan Kos Perubatan Untuk Penyakit Kritikal

Sebagai panduan kepada anda, berikut adalah contoh kos rawatan penyakit kritikal:

1. Tumor otak: RM50k-RM60k

2. Kanser paru-paru: sehingga RM120k

3. Pemindahan hati: sehingga RM300k

4. Pemindahan spinal: sehingga RM20k

5. Pemindahan sum-sum tulang: RM40k per sesi

6. Pintasan jantung: sehingga RM50k

7. Kanser payudara: sehingga RM30k

8. Strok dengan pendarahan: RM50k

9. Pemindahan buah pinggang: sehingga RM50k.

*kesemua kos rawatan bagi penyakit-penyakit di atas adalah bagi tahun 2004. Kos semasa adalah lebih tinggi.

Bagi membantu anda mengurangkan beban rawatan hospital, Takaful Ikhlas menyediakan 5 pakej rawatan Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT- medical card) pada harga yang sangat berpatutan.

Bertindak bijaklah sekarang dengan mengambil perlindungan IMAT dari Takaful Ikhlas. Elakkan pembiayaan kos rawatan daripada simpanan/pelaburan anda, elakkan karenah hospital kerajaan dan masa menunggu yang lama.

Dengan kad perubatan IMAT, anda dapat berjimat di samping mendapat jaminan rawatan yang cepat dan selesa di hospital-hospital swasta panel kami yang anda sukai.

Utk maklumat lanjut,sila hubungi saya. Terima kasih.

Perkara-Perkara Yang Perlu Difikirkan Sebelum Menyertai Pelan Takaful

1. Tentukan jenis risiko yang anda perlu lindungi
Jenis takaful yang anda perlu merujuk kepada apakah bentuk musibah atau risiko yang anda perlu lindungi. Jika anda adalah seorang ketua keluarga, anda perlu melindungi risiko kematian pra-matang, risiko hilang upaya kekal keseluruhan (TPD), risiko kemalangan dan risiko penyakit kritikal. Anda juga perlu menambah perlindungan yang membiayai rawatan hospital, khususnya bagi anda yang bekerja sendiri atau bagi anda yang tidak diberi kemudahan rawatan perubatan oleh majikan.

Jika anda tidak mempunyai tanggungan, anda perlu melindungi risiko hilang upaya kekal keseluruhan (TPD), risiko kemalangan, risiko penyakit kritikal dan menambah perlindungan yang membiayai rawatan hospital.

2. Tentukan jumlah perlindungan yang mencukupi bagi setiap risiko
Bagi setiap individu, jumlah perlindungan yang diperlukan adalah berbeza. Sebagai contoh, bagi melindungi risiko kematian pra-matang, untuk anda yang mempunyai tanggungan dan sejumlah hutang, anda perlu mengambil jumlah perlindungan yang dapat membiayai kos sara hidup bulanan purata keluarga anda sekurang-kurangnya selama satu tahun dan dapat melangsaikan kesemua hutang-hutang anda. Ini adalah untuk mengelakkan kualiti kehidupan keluarga anda berubah secara drastik dan memberikan masa yang mencukupi bagi balu anda dan keluarga untuk menyesuaikan diri dengan realiti kehidupan baru.

Bagi melindungi risiko penyakit-penyakit kritikal, anda perlu mengambil jumlah perlindungan yang lebih tinggi sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah penyakit-penyakit tertentu seperti kanser, kencing manis atau darah tinggi.

3. Utamakan jumlah perlindungan yang mencukupi berbanding komitmen anda
Anda membeli sesuatu produk adalah untuk mendapatkan kegunaan dan fungsi maksima daripada produk tersebut, betul? Jadi prinsip yang sama perlu diaplikasikan dalam penyertaan pelan takaful. Cara yang betul; tentukan jenis risiko yang perlu dilindungi --> tentukan jumlah perlindungan yang mencukupi bagi setiap jenis risiko --> beri komitmen kewangan yang diperlukan.

Jika anda tetapkan jumlah komitmen bulanan anda, anda mungkin dapat mengawal perbelanjaan anda, tetapi pelan takaful anda tidak dapat memberikan 'khidmat terbaik' kepada anda apabila tiba waktunya. Pilih cara yang betul.


4. Pilih syarikat takaful yang cekap dan memberikan khidmat terbaik
Sebuah syarikat takaful yang cekap adalah amat mustahak, pertamanya dari segi IT kerana segala data dan maklumat pelanggan diurus dengan baik dan selamat serta sentiasa dikemaskini. Keduanya, ia perlu mempunyai tahap perkhidmatan pelanggan yang mantap, khususnya kepantasan menguruskan tuntutan dan kemudahan untuk dihubungi. Pendekatan syarikat adalah semestinya untuk berusaha membantu pelanggan pada waktu memerlukan, bukan mencari pelbagai alasan untuk tidak membayar tuntutan hanya kerana untuk membuat untung.

5. Pilih penasihat takaful yang amanah, berpengetahuan dan berdedikasi
Penasihat takaful yang amanah, berpengetahuan dan berdedikasi amatlah mustahak kerana beliau menjadi pengantara antara anda dan pihak syarikat pengendali takaful. Penasihat anda sepatutnya mampu mencadangkan produk yang terbaik berdasarkan situasi dan keperluan anda. Selain itu, beliau perlu memastikan bahawa polisi anda sentiasa efektif (tidak luput), maklumat anda sentiasa dikemaskini dan sebarang tuntutan diselesaikan dalam tempoh yang munasabah. Beliau juga perlu mudah dihubungi pada setiap masa.

Semoga panduan serba ringkas ini dapat membantu anda. Terima kasih ;)

Takaful Ikhlas: FAQ

1. Berapakah umur minima dan maksima untuk menyertai pelan-pelan takaful keluarga Takaful Ikhlas?
Jawapan: Umur minima penyertaan ialah 1 bulan dan maksima ialah 55 tahun, sama bagi lelaki dan wanita.

2. Berapakah jumlah caruman minima dan berapa pula caruman maksima?
Jawapan: Jumlah caruman minima ialah RM52.50 sebulan. Tiada had bagi caruman maksima, tertakluk kepada kelulusan 'underwriting' oleh syarikat. Jumlah caruman bergantung kepada jumlah perlindungan yang diperlukan oleh peserta.

3. Apakah takaful keluarga bermaksud perlindungan kepada semua ahli keluarga peserta?
Jawapan: Takaful keluarga hanya bermaksud takaful yang melindungi hayat peserta, seerti dengan 'insurans nyawa' dalam insurans konvensional. Perlindungan takaful keluarga melindungi peserta takaful yang berkenaan sahaja, bukan satu keluarga. Untuk melindungi setiap ahli keluarga, setiap ahli perlu menyertai secara individu.

4. Bagaimanakah cara membuat/membayar caruman takaful?
Jawapan: Caruman takaful boleh dibayar secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau setahun sekali. Bayaran boleh dibuat melalui potongan gaji, autodebit akaun bank, bayaran melalui kad kredit atau pun melalui transaksi internet seperti maybank2u atau cimbclicks.

Bagi peserta yang membayar secara suku tahunan, setengah tahunan atau setahun sekali, Takaful Ikhlas akan memberikan anda diskaun sehingga 4%.

5. Bolehkah wang simpanan takaful dikeluarkan sebelum polisi matang?
Jawapan: Boleh, selepas 5 tahun polisi anda berkuatkuasa anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang simpanan anda, tertakluk kepada 50% jumlah simpanan terkumpul dan maksima 3 kali pengeluaran sepanjang tempoh takaful. Caj pengeluaran ialah RM12.

6. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk penyelesaian sesuatu tuntutan?
Jawapan: Sebagai sebuah syarikat yang berorientasikan pelanggan, Takaful Ikhlas komited untuk menyelesaikan setiap tuntutan peserta secepat mungkin. Melalui pengalaman saya, sekiranya segala dokumen dan borang adalah lengkap, maksima ialah 1 minggu dari tarikh dokumen diterima oleh syarikat.

7. Apakah kelebihan menyertai pelan perlindungan Takaful Ikhlas?
Jawapan:
1. Takaful Ikhlas adalah sebuah syarikat takaful yang kukuh, mempunyai barisan pengurusan yang mantap, disokong oleh para pegawai dan kakitangan yang berdedikasi. Akses kepada pegawai dan kakitangan adalah mudah dan segala tuntutan diselesaikan dalam masa yang cepat.
2. Pelan-pelan perlindungan dan juga operasi syarikat diawasi oleh Jawatankuasa Syariah yang berperanan memastikan kepatuhan Syariah pada setiap masa.
3. Pelan-pelan perlindungan Takaful Ikhlas bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian dan ketidakpastian besar (gharar fahisy).
4. Perlindungan 39+1 penyakit kritikal, yang terbanyak di pasaran.
5. Faedah pengecualian sumbangan sekiranya pembayar meninggal dunia, hilang upaya kekal keseluruhan atau menghidap penyakit kritikal. Peserta yang membayar sendiri akan dikecualikan bayaran jika menghidap penyakit kritikal.
6. Bayaran perlindungan takaful, jika sekiranya peserta atau pembayar meninggal dunia, boleh terus dihibahkan kepada waris yang layak. Dengan itu, waris tidak perlu melalui proses mahkamah yang memakan masa.

8. Adakah Takaful Ikhlas membayar zakat simpanan bagi pihak peserta? Perlukah peserta membayar sendiri zakat simpanan setiap tahun?
Jawapan: Takaful Ikhlas tidak membayar zakat bagi pihak peserta. Zakat yang dibayar oleh syarikat hanyalah zakat perniagaan. Peserta tidak perlu membayar zakat simpanan setiap tahun. Zakat sebanyak2.5% hanya perlu dibayar apabila peserta mengeluarkan semua simpanan apabila polisi matang.

9. Bagaimanakah cara menyertai pelan perlindungan Takaful Ikhlas?
Jawapan: Anda perlu menyertai melalui wakil-wakil Takaful Ikhlas yang sah dan berkelayakan. Wakil-wakil takaful akan berbincang dan mengenalpasti keperluan takaful anda dan mencadangkan pelan perlindungan yang bersesuaian.

10. Apakah yang akan saya terima sebagai bukti penyertaan dan bukti bayaran-bayaran yang telah dibuat?
Jawapan: Dalam tempoh sebulan anda menyerahkan borang dan dokumen, anda akan menerima senaskhah polisi melalui wakil takaful anda sebagai bukti anda telah menyertai pelan perlindungan Takaful Ikhlas. Setiap tahun anda juga akan menerima penyata bayaran bagi tujuan pelepasan cukai dan satu lagi penyata mengenai jumlah simpanan terkumpul. Anda perlu menyimpan naskhah polisi anda dengan baik dan memaklumkan kedudukannya kepada pasangan/ahli keluarga untuk kemudahan pada masa depan.

Produk-Produk Perlindungan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Perlindungan Asas (melindungi kematian serta hilang upaya kekal keseluruhan)

1. Ikhlas Saving Takaful (IST)
2. Ikhlas Education Takaful Classic (IETC)
3. Ikhlas Wanita Takaful (IWT)
4. Ikhlas Lifestyle Takaful (ILT)
5. Ikhlas Premier Investment-Linked Takaful
6. Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful

Manfaat-manfaat Tambahan (ditambahkan kepada salah satu pelan perlindungan asas di atas)

1. Term
2. Khairat kematian
3. Perlindungan 40 Penyakit Kritikal
4. Perlindungan kemalangan
5. Elaun harian kemasukan ke wad (minimum 6 jam)
6. Waiver of contribution
7. Payor savings
8. Family income

Stand-alone Product

1. Ikhlas Medic Assist Takaful (medical card)

Sila 'click' pada produk untuk maklumat lanjut.

Faedah-Faedah Khusus Takaful

1. Mewujudkan jaminan perlindungan ke atas diri peserta (dan keluarga) sekiranya berlaku sebarang musibah; spt. kematian, hilang upaya kekal keseluruhan, kehilangan anggota akibat kemalangan atau menghidapi penyakit kanser. Dengan adanya jaminan perlindungan, individu dan/atau keluarga dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna dan hati yang lebih tenang kerana mendapat sokongan kewangan daripada skim takaful. Duit simpanan tidak perlu digunakan; rumah atau tanah tidak perlu dijual; keluarga dapat meneruskan hidup seperti biasa.

2. Menyediakan sejumlah simpanan untuk persaraan, pendidikan, menunaikan haji dan sbg.nya. Simpanan melalui takaful memberikan dua faedah dalam satu; perlindungan risiko dan simpanan. Duit simpanan yang terkumpul akan dapat anda keluarkan sepenuhnya apabila polisi matang. Sekiranya benar-benar memerlukan, anda juga boleh mengeluarkan sebahagian simpanan selepas 5 tahun polisi takaful anda berkuatkuasa.


Faedah-faedah Umum Takaful

1. Memenuhi tanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga.

Firman Allah:

"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang menjadi penjaganya, jika ditakdirkan mereka meninggalkan anak-anak yang lemah, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka."
(Surah An-Nisa':9)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya lebih baik engkau meninggalkan waris-warismu orang yang kaya daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."
(Riwayat Bukhari)


2. Peluang beramal-jariah setiap bulan apabila sebahagian daripada caruman bulanan/suku tahunan/ tahunan disalurkan kepada tabung derma bersyarat (tabarru'). Wang daripada tabung inilah yang dipersetujui sesama peserta untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Antara kelebihan menderma/bersedeqah ialah dipanjangkan umur oleh Allah dan dimurahkan rezeki.

3. Mengelakkan diri daripada terlibat dalam urusniaga insurans konvensional yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1974 atas alasan melibatkan riba', perjudian (maysir) dan ketidakpastian (gharar).

4. Mendapat pelepasan cukai (tax relief) sehingga RM9,000 setahun, tertakluk kepada jumlah caruman KWSP tahunan. Kelayakan maksima bagi takaful pendidikan ialah RM3,000 setahun manakala bagi takaful simpanan sehingga RM6,000 setahun. Jika anda membayar cukai tahunan yang banyak, mungkin adalah lebih baik anda menggunakan peluang yang diberikan oleh Kerajaan ini untuk manfaat anda dan keluarga.

Friday, February 27, 2009

Takaful dan Anda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin berpendapat hidup anda sama saja dengan orang lain, ada perlindungan takaful/insurans atau tidak, tidak menjadi kerisauan kepada anda. Jika anda seorang yang kaya-raya seperti Bill Gate atau Donald Trump atau tergolong dalam 10 individu terkaya di Malaysia , mungkin anda berhak berfikiran demikian. Namun, jika anda tidak sedemikian, mungkin anda ingin fikirkan perkara-perkara berikut:

1- Kematian adalah suatu hakikat, dan ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Jika anda sebagai ketua keluarga tiba-tiba meninggal dunia, adakah anda fikir anda telah meninggalkan harta yang mencukupi untuk isteri dan anak-anak anda terus mengekalkan cara hidup semasa? Bagaimana jika dengan ketiadaan anda, mereka tiba-tiba terus jatuh miskin dan hidup serba kekurangan? Bayangkan isteri terpaksa bekerja lebih masa dan anak-anak mungkin ada yang terpaksa berhenti sekolah? Bagaimana pula dengan ibu-bapa yang anda tanggung di kampung? Adakah anda rela membiarkan perkara ini berlaku kepada anda dan keluarga anda yang anda cintai?

2- Pelbagai penyakit kritikal menyerang pada usia yang lebih muda atau pertengahan dan kos rawatan yang meningkat kira-kira 14% setahun di Malaysia. Apakah anda fikir, jika anda tanpa disedari didiagnos menghidap penyakit kritikal seperti kanser, strok atau kegagalan buah pinggang. Adakah anda mempunyai wang simpanan yang banyak untuk membiayai kos perubatan anda? Tanpa perlindungan takaful, anda mungkin terpaksa menjual harta-benda seperti tanah dan rumah, atau anda terpaksa mengeluarkan wang simpanan/pelaburan yang sepatutnya digunakan untuk hari persaraan anda? Bagaimana jika anda tiada harta atau simpanan yang banyak, sanggupkah anda merayu kepada orang ramai? Atau sanggupkah anda menanti giliran yang panjang di hospital-hospital kerajaan?

Contoh masalah di atas sebenarnya dapat ditangani dengan menyertai pelan perlindungan takaful. Dengan pelan takaful, anda dapat menyediakan wang perlindungan musibah secara serta-merta. Malah, takaful dapat membantu anda menguruskan beberapa risiko musibah yang lain spt. hilang upaya keseluruhan dan kekal dengan penuh persediaan dan ketenangan fikiran. Bayangkan dengan penyertaan RM200 sebulan anda mampu mendapat perlindungan komprehensif dengan jumlah pelindungan melebihi RM150,000. Bukan itu saja, jumlah caruman tahunan anda ini malah berhak mendapat pelepasan cukai kerajaan sehingga RM9,000 setahun.

Skim perlindungan takaful adalah berasaskan konsep tolong-menolong dan saling jamin-menjamin sesama peserta, bertepatan dengan firman Allah dalam al-Quran:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan permusuhan"
(Surah al-Maidah:2)


Skim perlindungan takaful juga digerakkan berdasarkan nas-nas berikut:
"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang menjadi penjaganya, jika ditakdirkan mereka meninggalkan anak-anak yang lemah, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka"
(Surah an-Nisa':9)

Nabi Muhammad s.a.w:

"Sesungguhnya lebih baik engkau meninggalkan waris-warismu orang yang kaya daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
(Riwayat Bukhari)

Nas al-Quran dan Hadis di atas telah menekankan kepentingan merancang dan menguruskan musibah dengan baik. Hendaklah seseorang penjaga menjaga kemaslahatan ahli keluarganya semasa hidupnya dan juga selepas ketiadaannya. Maka, seharusnyalah kita memastikan kita mempunyai pelan perlindungan yang bersesuaian menurut keperluan dan kemampuan masing-masing.

Faedah-faedah menyertai Takaful secara ringkas.

1. Pertamanya kita telah menyahut seruan al-Quran dan Hadis.

2. Keduanya kita telah meletakkan diri kita dan keluarga dalam keadaan bersedia. Jika berlaku apa-apa musibah, kita akan dapat menghadapinya dengan keadaan yang lebih baik.

3. Ketiganya, kita telah menepati kehendak Allah dalam soal bantu-membantu dan jamin-menjamin sesama peserta jika musibah melanda.

4. Keempat, kita berpeluang membuat amal jariah secara konsisten dengan menyumbang ke dalam akaun tabarru' (derma bersyarat).

5. Kelimanya, kita dapat membantu mengukuhkan ekonomi dan sosial umat Islam. Bayaran zakat oleh syarikat takaful, sebagai contoh, dapat digunakan untuk kemaslahatan umat Islam di Malaysia atau di negara-negara umat Islam lain yang memerlukan.

6. Keenam, produk takaful bebas dari riba', judi dan gharar yang terdapat pada insurans konvensional.

7. Ketujuh, anda layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM9000 setahun. Tentunya lebih baik jika wang cukai dapat digunakan untuk kegunaan dan kemaslahatan diri sendiri dan keluarga.

Penyertaan dalam takaful sebenarnya banyak memberikan faedah kepada anda. Yang membezakan ialah sama ada faedah itu besar atau kecil. Jika berlaku musibah anda menang besar i.e. dapat faedah perlindungan. Jika tiada apa-apa musibah berlaku pula, anda sebenarnya menang kecil i.e. anda dapat semula semua atau hampir semua wang simpanan anda dengan sejumlah pulangan tertentu.

Jadi dengan sebegitu banyak kelebihannya, eloklah kita menetapkan pendirian kita dengan serius dan segera mendapatkan pelan takaful untuk diri dan keluarga kita. Sementara masa masih ada, kesihatan masih baik, gunakanlah kesempatan yang ada untuk menjamin masa depan yang terbaik.

Laluannya sudah tersedia luas.....keputusan di tangan anda..... masa depan anda, andalah yang menentukan.

Sekian!